Keadaan salah satu rumah yang terbakar. FOTO ihsan bomba
Keadaan salah satu rumah yang terbakar. FOTO ihsan bomba
Nor Farhani Che Ad

Sungai Petani: Dua rumah berkembar satu tingkat terbakar dalam kejadian di Taman Kenari, di sini, petang tadi.

Kebakaran yang berlaku pada 4.40 petang itu menyebabkan sebuah daripada rumah itu terbakar hampir keseluruhan.

Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan, seramai 52 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan BBP Tikam Batu serta 35 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Sungai Petani, PBS Bakar Arang, PBS Bedong dan PBS Semeling dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 4.46 petang.

"Satu aliran dengan dua pancutan dilakukan di bahagian hadapan manakala satu aliran dengan satu pancutan dilakukan di bahagian belakang rumah bagi mengawal dan memadam api.

"Sebuah rumah musnah 95 peratus manakala sebuah lagi terbakar 30 peratus," katanya sebentar tadi.

Katanya, jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2017 @ 8:59 PM