MAYAT mangsa ditemui anggota Unit Skuba BBP Johor Bahru. FOTO ihsan Bomba
MAYAT mangsa ditemui anggota Unit Skuba BBP Johor Bahru. FOTO ihsan Bomba
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Mayat lelaki dikhuatiri lemas di pantai Lido dekat Jalan Sultan Ismail di sini, malam tadi ditemui 1.08 pagi tadi.

Mayat lelaki dipercayai berusia 30-an itu ditemui masih lengkap berpakaian hospital itu berwarna hijau dan disahkan pesakit dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP ) Tebrau, Ronnie Robert berkata, mayat mangsa ditemui anggota Unit Skuba BBP Johor Bahru dan sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah HSA, Dr Aman Rabu turut mengesahkan terdapat pesakit hospital itu yang dilaporkan mati lemas.

"Benar pesakit HSA, bagaimanapun saya akan membuat siasatan lanjut mengenai kejadian ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2017 @ 8:14 AM