MASJID Jamek berwajah baru selepas dinaik taraf.
MASJID Jamek berwajah baru selepas dinaik taraf.
MASJID Jamek berwajah baru selepas dinaik taraf.
MASJID Jamek berwajah baru selepas dinaik taraf.
Mohd Nasif Badruddin dan Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Projek River of Life (ROL) antara usaha kerajaan mentransformasi landskap Kuala Lumpur menjadi bandar raya yang berdaya huni tinggi dan penduduknya mempunyai kualiti hidup tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, di bawah Projek ROL, Sungai Gombak dan Sungai Klang akan dibersihkan serta diberi nafas baru sebagai Pusat Warisan dan Komersial bagi Greater Kuala Lumpur yang bakal meningkatkan nilai hartanah di kawasan sekitar serta merancakkan ekonomi setempat, selain menjadi tarikan pelancong, lantas membawa manfaat serta peningkatan pendapatan kepada penduduk terutamanya melalui industri sokongan.

“Saya percaya melalui Projek ROL, potensi bandar raya Kuala Lumpur bakal direalisasikan apabila aset sungai yang wujud dapat digunakan secara optimum dan pada masa sama, alam sekitar kita dapat dipelihara.

“Buat masa ini, kerja pembersihan sedang dijalankan sepanjang 110 kilometer (km) yang meliputi lapan sungai iaitu Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Kerayong,” katanya dalam catatan di blog najibrazak.com semalam.

Beliau berkata, apabila Projek ROL dimulakan pada 2011, kualiti air sungai pada kelas III-IV (yang didefinisikan sebagai tidak selamat untuk sentuhan badan) dan ia bakal berubah pada 2020, di mana kualiti air akan ditambah baik kepada Kelas IIB (yang didefinisikan sebagai lebih selamat untuk kegunaan rekreasi dengan sentuhan).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2017 @ 5:35 AM