Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: T-Team kini mengintai seorang lagi pengendali dari Croatia yang akan dilantik sebagai penolong jurulatih membantu ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner menghadapi Liga Perdana musim ini.

Ketua Pegawai Operasi T-Team Syahrizan Mohd Zain berkata, pihaknya sudah ber
bincang dengan Steinbruckner dan beliau akan memilih jurulatih untuk bergandingan dengannya mengemudi The Titans.

Menurutnya, pihaknya akan membawa penolong jurulatih itu dalam tempoh terdekat dan buat masa ini, bekas jurulatih kebangsaan remaja Croatia itu dibantu bekas ketua jurulatih Piala Presiden T-Team Azahari Salim.

“Steinbruckner sudah memberi bayangan siapa yang mahu dibawa untuk bersamanya dan dibantu Azahari membentuk persiapan terbaik menghadapi Liga Perdana 2015.

“Kita harapkan kehadiran penolong jurulatih baru nanti akan membantu Steinbruckner dan Azahari dalam pasukan,” katanya.

Sementara itu, Syahrizan berkata, pihaknya mengambil keputusan menunda perlawanan pra musim di Lembah Klang, awal tahun ini.

Katanya, sepatutnya T-Team mengadakan tiga perlawanan persahabatan membabitkan pasukan FELDA United, PKNS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kalau ikut jadual, kita ber
tolak esok (hari ini) ke Kuala Lumpur, namun terpaksa membatalkannya kerana keadaan tidak mengizinkan.

“Selain itu, memandangkan jadual Liga Perdana pula ditunda, maka kita tidak terburu-buru dan akan menetapkan tarikh baru untuk mengadakan perlawanan ini,” katanya.

Sementara itu, Steinbruck
ner berkata, beliau memerlukan pembantu memandangkan T-Team memiliki perancangan rapi dan memerlukan ramai kepakaran.

“T-Team memiliki akademi sukan dan pelapis yang berbakat. Justeru, kita lakukan ini bukan saja untuk memperkuatkan pasukan senior malah pembangunan sukan bola sepak The Titans,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 January 2015 @ 7:11 AM