ERRA nafi sudah berkahwin tetapi berkongsi berita gembira apabila bakal muncul dengan single terbaru.
ERRA nafi sudah berkahwin tetapi berkongsi berita gembira apabila bakal muncul dengan single terbaru.
Rudy Imran Shamsudin


Semua orang tahu malah kedua-dua belah pihak sudah membuat pengakuan bahawa mereka sememangnya berkawan rapat. Antara Shahir mahupun Erra Fazira, kedua-duanya tidak pernah menyembunyikan keakraban mereka.

Terbaru, ada yang mengatakan penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) menikahi Erra dan majlis diadakan secara tertutup tanpa diketahui umum.

Pastinya berita seperti itu mengejutkan dan dari mana datangnya cerita yang disebarkan itu pun tidak diketahui.

Bertemu Erra baru-baru ini dan bertanya mengenai khabar angin tersebar, dia menafikan dan menegaskan tidak pernah mendengar dan mengetahui mengenai perkara itu.

Erra akui itu pertama kali dia mendengar khabar sedemikian dan menafikannya. Baginya, cerita seperti itu tidak seharusnya dilayan, ibarat masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Februari 2017 @ 5:03 AM