Nur' Ain Nabilah menerima sumbangan disampaikan Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Cash And Carry wilayah selatan, Mas Imran Adam di kediamannya di Taman Johor Jaya hari ini. FOTO Mary Victoria Dass
Nur' Ain Nabilah menerima sumbangan disampaikan Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Cash And Carry wilayah selatan, Mas Imran Adam di kediamannya di Taman Johor Jaya hari ini. FOTO Mary Victoria Dass
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Pengorbanan pelajar tingkatan tiga, Nur' Ain Nabilah Mohd Sa'aroni, 15, menjaga ibunya yang lumpuh di di Taman Johor Jaya, selepas pulang dari sekolah menerima perhatian pelbagai pihak.

Antara yang mengunjungi keluarga berkenaan termasuk wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) yang menyampaikan beberapa sumbangan.

Keluarga itu turut menerima sumbangan daripada Pasaraya Econsave yang menyampaikan barangan keperluan bagi kegunaan ibu Nur' Ain Nabilah.

Nur' Ain Nabilah berkata, dia bersyukur kerana penderitaan ibunya, Zahrah Semanek, 54, yang lumpuh akibat pendarahan otak menerima perhatian ramai.

Pada 6 Februari lalu, Harian Metro memaparkan kisah pengorbanan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 1 memberi penjagaan kepada ibu setiap hari.

Nur' Ain Nabilah hanya 'tidur ayam' setiap malam bagi memastikan ibunya tidak kelaparan berikutan perlu memberi susu menerusi tiub dipasang di hidung setiap empat jam sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 2:28 PM