KISAH pensyarah UGM, Edi Prasetyo Nugroho yang selama ini menyembunyikan penyakit dihidapi daripada penuntutnya tular di laman sosial. FOTO Agensi
KISAH pensyarah UGM, Edi Prasetyo Nugroho yang selama ini menyembunyikan penyakit dihidapi daripada penuntutnya tular di laman sosial. FOTO Agensi
Agensi

Jakarta: Tular di laman sosial Indonesia mengenai seorang pensyarah di Universiti Gadjah Mada (UGM), Yogyakarta, Indonesia yang sanggup meneruskan pembelajaran secara maya walaupun bertarung penyakit buah pinggang.

Tribunnews melaporkan Edi Prasetyo Nugroho dikatakan menyembunyikan penyakitnya itu daripada pengetahuan penuntutnya.

Beliau sering mematikan kamera setiap kali mengajar sesi kuliah secara maya.

Bagaimanapun, rahsia itu akhirnya terbongkar selepas Edi tidak sengaja menghidupkan kamera ketika mengajar dan rakaman tangkap layar video itu tular selepas dimuat naik seorang penuntutnya, Nandini Catra Nabilah.

Gadis yang mesra disapa Nabilah itu ada menghubungi Edi bagi mengetahui perkara sebenar dan pensyarahnya itu memberitahu sudah 11 tahun menderita akibat penyakit buah pinggang.

Berikutan itu, Edi perlu menjalani rawatan dialisis setiap dua minggu sekali selain bergantung dengan alat bantuan pernafasan kerana paras oksigennya berada pada paras bawah 90.

"Selepas video itu tular, saya menghubungi Pak Edi. Alhamdulillah responsnya positif. Pak Edi nampak bersemangat setiap kali mengajar walaupun dalam keadaan tidak sihat.

"Perasaan saya dan rakan bercampur baur selepas mengetahui hal sebenar. Terkejut, sedih dan terharu dengan dedikasi serta kesungguhan beliau walaupun perlu mengajar dalam keadaan sakit," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 September 2021 @ 6:55 AM