Rizanizam Abdul Hamid dan Rosli Ilham


Chukai: Pelaksanaan projek tebatan banjir di semua kawasan sering dilanda bencana itu akan menjadi antara keutamaan dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, perkara itu bagaimanapun akan diteliti lebih dulu berdasarkan laporan daripada jabatan berkaitan sebelum sebarang keputusan diambil.

"Tentunya projek tebatan ini menjadi keutamaan dalam RMK-11, lebih-lebih lagi apabila banyak negeri dilanda banjir tahun ini.

"Bagaimanapun semuanya bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan kerana satu projek tebatan banjir mencecah sehingga ratusan juta ringgit," katanya pada sidang media di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman di sini, hari ini.

Menjawab soalan wartawan mengenai penyediaan siren amaran banjir lebih berkesan pada masa akan datang, Najib berkata, kerajaan akan meneliti dulu prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 4:58 PM