Beginilah keadaan dalam rumah Pogba. FOTO DAILY MAIL
Beginilah keadaan dalam rumah Pogba. FOTO DAILY MAIL
Daily Mail

Manchester: Paul Pogba membeli sebuah rumah baru pada separuh harga pindah milik bernilai £2.9juta (RM16j) di Cheshire.

Pemain tengah Manchester United itu mengesahkan tempat tinggal barunya terletak tidak sampai 20 minit memandu dari pusat latihan kelab itu di Carrington.

Malah harganya £600,000 (RM3.3 j) lebih murah berbanding ditawarkan.

Hartanah memiliki lima bilik itu menawarkan kemewahan dengan kolam renang tertutup, sauna, bilik media dan berada pada harga pasaran £3.49j (RM19.2j).

Pogba yang meraih pendapatan £290,000 (RM1.6j) seminggu berpindah ke Old Trafford dengan nilai £89j (RM491j) selepas meninggalkan Juventus (Turin) pada musim panas lalu.

Rumah yang memiliki pagar kawalan keselamatan yang terletak kawasan kejiranan barat laut itu adalah milik bekas bintang penyerang United Javier Hernandez yang kini beraksi bersama Bayer Leverkusen.

Beberapa pemain lain pernah menetap di kawasan itu adalah penjaga gol Richard Wright, yang kali terakhir beraksi bersama musuh United, Manchester City dan bekas pemain Perancis Olivier Kapo yang beraksi bersama Wigan Athletic.

Rumah itu turut menempatkan dapur direka khas serta suite santai bersama meja bermain pool.

Terdapat juga balkoni serta dua garaj untuk menempatkan kereta mewah milik pemain terbabit.

Sebelum ini Pogba menetap di hotel mewah Manchester, Lowry Hotel dan berjiran dengan pengurus Jose Mourinho.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2017 @ 3:38 PM