FAIZAL (kiri) ketika perlawanan Liga Hoki Malaysia antara THT dan UiTM pada 15 Januari. FOTO Ghazali Kori
FAIZAL (kiri) ketika perlawanan Liga Hoki Malaysia antara THT dan UiTM pada 15 Januari. FOTO Ghazali Kori
Malik Muhamad


Kuala Terengganu: Penyerang hoki kebangsaan dan Terengganu Hockey Team (THT), Faizal Saari, mampu menarik nafas lega apabila disahkan boleh kembali mewarnai Liga Hoki Malaysia selewat-lewatnya awal bulan depan.

Perkhabaran gembira itu disahkan sendiri oleh penyerang sensasi itu selepas melakukan pemeriksaan perubatan, di sini, semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukannya mengesahkan otot belakang pahanya tidak putus sebaliknya hanya terkoyak sepanjang tujuh sentimeter.

"Dengan perkembangan terbaru ini, saya dijangka boleh beraksi semula selepas doktor menasihatkan supaya berehat kira-kira tiga minggu," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Pada Jumaat lalu ketika pertemuan dengan TNB di Stadium Hoki Batu Buruk dalam aksi saingan liga, pemain berusia 26 tahun itu terpaksa dipapah keluar dari padang selepas mengalami kecederaan apabila terjatuh ketika melakukan serangan balas ke arah pintu gol lawan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2017 @ 11:40 PM