Anggota cawangan Kejuruteraan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan bergotong-royong membersihkan peralatan sekolah yang terjejas akibat banjir di SK Pelak, Pekan. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Anggota cawangan Kejuruteraan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan bergotong-royong membersihkan peralatan sekolah yang terjejas akibat banjir di SK Pelak, Pekan. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Shahrinnahar Latib


Kuantan: Hanya sebuah sekolah di negeri ini ditutup untuk sesi persekolahan esok berikutan masih lagi digenangi air banjir.

Pengarah Pendidikan Pahang Datuk Rosdi Ismail berkata, sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pekan.

Katanya, ia diberi cuti kerana masih dipenuhi air dan lumpur serta boleh mengganggu sesi persekolahan.

“SK Temai akan dibuka jika keadaan air sudah surut dan kita akan pantau perkara itu," katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, 19 sekolah yang sebelum ini diberi cuti boleh memulakan sesi seperti biasa esok.

"Di Pekan, sekolah yang akan dibuka ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh Hinai, SK Paloh Hinai, SK Padang Rumbia, SK Kampung Aceh, SK Pulau Rusa, SK Tanjung Medang, SK Belimbing, SK Serambi, SK Temai, SK Mambang, SK Pelak, SK Pulau Manis dan SK Kincir.

“Di Maran pula, SK Paya Pasir, SK Serengkam, SK Pesagi, SK Kuala Wau, SK Kertau dan SK Chenor akan dibuka," katanya.

Beliau berkata, di Temerloh, Sekolah Rendah Agama At-Taqwa yang diberikan cuti sebelum ini akan dibuka esok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2017 @ 4:04 PM