Mercun yang dirampas daripada seorang lelaki semalam. FOTO ihsan polis
Mercun yang dirampas daripada seorang lelaki semalam. FOTO ihsan polis
Shamsul Munir Safini


Bukit Mertajam: Seorang lelaki berusia 48 tahun diberkas polis kerana menjual mercun tanpa permit dan lesen di hadapan medan selera di Kampung Baru, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, lelaki berkenaan sedang dikerumuni pelanggan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek tidak menyedari kehadiran polis kerana terlalu leka menjual mercun.

Beliau berkata, selepas diperiksa, lelaki berkenaan mengaku tidak mempunyai lesen perniagaan serta permit daripada polis.

Katanya, suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT) bagi tujuan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 10:14 AM