KEADAAN kawasan perumahan yang dinaiki air di Taman Sungai Gemas, Negeri Sembilan. FOTO Iqmal Haqim Rosman
KEADAAN kawasan perumahan yang dinaiki air di Taman Sungai Gemas, Negeri Sembilan. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Seremban: Mangsa banjir di Taman Sungai Gemas, Tampin, dekat sini meningkat kepada 155 orang setakat 12 tengah malam tadi berbanding 146 orang pada 10 malam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam negeri, Leftenan Kolonel Kamal Mokhtar berkata, ia membabitkan 42 keluarga berbanding 40 sebelum ini.

Katanya, mengikut pecahan terdapat 50 mangsa lelaki, 50 wanita, 24 kanak-kanak lelaki, 25 kanak-kanak perempuan, masing-masing tiga bayi lelaki serta perempuan.

"Keadaan cuaca pada ketika ini baik dan semua penduduk dipindahkan di Dewan Besar Gemas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 12:26 AM