Anggota Bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Pantai Remis. FOTO IHSAN BOMBA
Anggota Bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Pantai Remis. FOTO IHSAN BOMBA
Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Jumlah mangsa banjir di Perak yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara meningkat kepada 655 orang daripada 206 keluarga sehingga jam 8 pagi hari ini berbanding 545 orang daripada 176 keluarga, tengah malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Bencana Negeri berkata, tiga pusat pemindahan baru dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) iaitu di Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Kelubung menempatkan 14 orang dari 2 keluarga, DOR Kampung Padang Serai Dalam menempatkan 21 orang dari 5 keluarga dan DOR Matang Gelugor 37 orang dari 11 keluarga.

Katanya, dua lagi pusat pemindahan di daerahitu yang kekal ialah di Surau Kampung Jawa, Trong menempatkan 39 orang dari 12 keluarga dan DOR Kampung Marang Merbau menempatkan29 orang dari 9 keluarga.

Menurutnya, di daerah Manjung yang paling teruk terjejas pula kekal dengan 3 pusat pemindahan sementara yang dibuka iaitu Dewan JKKK Kampung Kota, Beruas menempatkan 67 orang dari 20 keluarga; DOR Inderawati, Beruas 195 orang dari 74 keluarga dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai, Pantai Remis 192 orang dari 54 keluarga.

"Di Kinta satu pusat pemindahan dibuka di DOR Kampung Piandang di Batu Gajah menempatkan 8 orang dari satu keluarga manakala di Hilir Perak seramai 32 orang dari 12 keluarga dipindahkan di SK Pengkalan Ara.

"Di daerah Kuala Kangsar pula, 7 mangsa dari 2 keluarga ditempatkan di Surau Al Karimiah manakala di daerah Perak Tengah pula 4 orang dari 2 keluarga ditempatkan di Surau Kampung Talang, Belanja Kiri di Parit dan 10 orang dari 2 keluarga ditempatkan di Surau Nurul Janah, Parit 6," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 9:44 AM