AIR melimpah ke jalan raya utama di Kampung Kota Beruas. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
AIR melimpah ke jalan raya utama di Kampung Kota Beruas. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 545 orang daripada 176 keluarga sehingga 9.30 malam ini berbanding 437 orang daripada 139 keluarga pada 12 tengah hari.

Jurucakap Sekretariat Bencana Negeri berkata, daerah paling teruk terjejas ialah Manjung dengan pembukaan satu lagi pusat pemindahan di Dewan JKKK Kampung Kota, Beruas menempatkan 67 orang daripada 20 keluarga.

Katanya, dua lagi pusat pemindahan di daerah itu iaitu di Dewan Orang Ramai (DOR) Inderawati, Beruas menempatkan 175 orang dari 63 keluarga dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai, Pantai Remis seramai 183 orang dari 53 keluarga.

Menurutnya, di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), dua pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Surau Kampung Jawa, Trong dengan 39 orang daripada 12 keluarga dan DOR Kampung Marang Merbau menempatka 29 orang daripada 9 keluarga.

Tiga pusat pemindahan yang turut dibuka sebelum ini sudah ditutup.

"Di Kinta satu pusat pemindahan dibuka di DOR Kampung Piandang di Batu Gajah menempatkan 8 orang dari satu keluarga manakala di Hilir Perak seramai 32 orang daripada 12 keluarga dipindahkan ke SK Pengkalan Ara.

"Di daerah Kuala Kangsar pula, enam mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Surau Al Karimiah manakala di daerah Perak Tengah pula empat orang daripada dua keluarga ditempatkan di Surau Kampung Talang, Belanja Kiri di Parit manakala 10 orang dari 2 keluarga ditempatkan di Surau Nurul Janah, Parit 6," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 10:20 PM