MAX menunjukkan antara rangka keluli bumbung.
MAX menunjukkan antara rangka keluli bumbung.
BAHAGIAN belakang juga tampil dengan reka bentuk sempurna.
BAHAGIAN belakang juga tampil dengan reka bentuk sempurna.
BINAAN ruang yang kemas.
BINAAN ruang yang kemas.
K-Structures membina dua unit contoh ini untuk memberikan gambaran lebih jelas berkenaan penggunaan Kstr IBS Building System.
K-Structures membina dua unit contoh ini untuk memberikan gambaran lebih jelas berkenaan penggunaan Kstr IBS Building System.
Hartini Mohd Nawi


Kemajuan teknologi hari ini meletakkan penggunaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) antara penyelesaian terbaik khususnya pembinaan rumah di negara ini.

IBS adalah teknik pembinaan yang komponennya dikeluarkan dalam persekitaran terkawal, sama ada di tapak pembinaan atau di luar tapak pembinaan, sebelum ditempatkan dan dikumpulkan menjadi kerja pembinaan.

Terma IBS digunakan di Malaysia turut dikenali di seluruh dunia sebagai pembinaan prafabrikasi, kaedah pembinaan moden (MMC) dan pembinaan di luar tapak.

Lima jenis IBS yang biasa digunakan di negara ini adalah pembentukan praacuan, sistem panel dan kekotak, sistem rangka keluli, sistem pembentukan kayu prafabrikasi, sistem pembentukan keluli dan sistem kerja blok.

Penggunaan IBS diketengahkan kerana menyumbang kepada suasana tapak pembinaan yang lebih selamat, bersih dan teratur.

Ia disebabkan pengurangan bahan binaan, bahan buangan binaan, penggunaan tenaga kerja dan bahan binaan prafabrikasi yang lebih kecil, teratur serta selamat.

Malah IBS juga menyumbang kepada kos pembinaan keseluruhan yang lebih murah, disebabkan faktor berkenaan.

Secara kasar, penggunaan IBS dapat mengurangkan bahan binaan di tapak, alam sekitar dan bahan binaan yang lebih teratur dan selamat. Tempoh pembinaan juga lebih singkat.

Sistem rangka keluli

Mendapat kelulusan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sejak 2002, Kstr IBS Building System antara yang mempunyai kelebihan tersendiri keluaran Kemuning Structures Sdn Bhd (K-Structures).

Pengarah Urusannya Max Tham Weng Hoe, tidak menafikan penggunaan IBS jenis itu sudah lama diketengahkan di peringkat global khususnya Eropah.

“Ia antara alternatif menggantikan sistem pembinaan konvensional (biasa) dan penyelesaian terbaik selari gaya hidup masyarakat kita hari ini.

“Malah sistem ini berupaya mengurangkan keperluan binaan rasuk, tiang, acuan kayu, bata dan kerja melepa.

“Pada masa sama dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja di tapak binaan,” katanya Max ketika ditemui di kilang K-Structures di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Lebih membanggakan Kstr IBS Building System itu membantu mengurangkan api terus merebak kerana binaannya tahan kebakaran, penebat haba dan rintangan bunyi sempurna. Begitu juga dengan reka bentuk dioptimumkan untuk substruktur asas.

“Sistem rangka keluli ini juga adalah 50 peratus lebih ringan, dua kali ganda lebih cepat proses pembinaan berbanding kaedah konvensional.

“Situasi ini dapat mengurangkan pekerja kurang mahir, berupaya menyelaraskan dinding sama ada menegak atau melintang sekali gus penyelesaikan reka bentuk bangunan yang kurang sempurna,” katanya.

Max berkata, ia turut menambah empat peratus luas ruang tambahan selain sistemnya sudah teruji oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

“Bagaimanapun, proses awal sebelum Kstr IBS Building System itu benar-benar diaplikasikan sepenuhnya di tapak pembinaan, beberapa perincian yang bermula dengan lakaran dalam komputer.

“Pertama, gambaran reka bentuk asal binaan bangunan diteliti, kedua membangunkan ‘BIM Architectural Model,’ ketiga membangunkan ‘Structural BIM Model’ dan akhir sekali barulah proses pembinaan bermula,” kata Max.

Bagi memberi gambaran lebih jelas dan terperinci, dua unit kediaman teres dua tingkat dibina berasaskan Kstr IBS Building System terletak berdekatan di kilang K-Structures itu.

Malah Max turut membawa penulis meninjau perkembangan pembinaan unit contoh itu yang hanya mengambil masa kira-kira 52 hari untuk pemasangan lengkap hingga bahagian bumbung.

“Dua unit kediaman ini antara contoh paling tepat untuk membuktikan kelebihan Kstr IBS Building System secara keseluruhannya.

“Anda sudah tentu berpeluang melihat sendiri dari mula proses di tapak pembinaan, termasuk pemasangan bingkai dinding di tingkat bawah dan atas serta bingkai bumbung,” katanya yang turut mementingkan produktiviti, kualiti dan keselamatan di tapak projek pembinaan.

Ketika kunjungan penulis, kediaman itu hampir 98 peratus siap dan aspek kekemasan serta reka bentuk sempurna diketengahkan sebaik mungkin. Terbukti sistem rangka keluli daripada Kstr IBS Building System boleh dibanggakan hasilnya.

Menariknya, dua unit contoh itu menawarkan reka bentuk moden kontemporari yang tentunya menarik minat generasi muda cenderung memilih IBS jenis itu untuk diaplikasikan pada kediaman mereka.

Bukan sekadar Kstr IBS Building System, malah K-Structures turut menawarkan produk lain termasuk ‘Lightweight Steel Truss,’ ‘Solar PV System,’ ‘KS760D Matel Roof,’ ‘Mini Orb Ceiling,’ ‘Matel Fascia Board,’ ‘Modular Studio’ dan ‘Modular Toilet Pod.’

Maklumat lanjut kunjungi K-Structures di Lot 3801, batu 6 1/4, Jalan Klinik, Seksyen 32, Bukit Kemuning, Shah Alam atau layari laman web www.k-structures.com atau e-mel kepada [email protected]

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 5:05 AM