KERATAN rentas dinding binaan rumah yang menggunakan konsep sistem IBS.
KERATAN rentas dinding binaan rumah yang menggunakan konsep sistem IBS.
MODEL rumah satu tingkat yang dibina menggunakan konsep sistem IBS.
MODEL rumah satu tingkat yang dibina menggunakan konsep sistem IBS.
PEKERJA binaan memasang blok IBS.
PEKERJA binaan memasang blok IBS.
Amir Abd Hamid dan Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Bayangkan sebuah rumah teres dua tingkat disiapkan dalam tempoh kira-kira sebulan atau projek perumahan yang mengambil masa bertahun untuk disiapkan dapat dipendekkan ke enam bulan saja.

Itu antara kelebihan penggunaan Sistem Binaan Industri (IBS) kepada projek pembinaan yang mampu mengurangkan masa dan tenaga kerja sehingga 50 peratus.

IBS ialah proses pembinaan menggunakan komponen atau sistem binaan. Ia turut dikenali sebagai pembinaan luar tapak, prafabrikasi komponen dan kaedah pembinaan moden (MMC).

Menerusi konsep ini, komponen asas sesebuah bangunan seperti tiang konkrit, blok, kerangka keluli, dinding dan lantai dihasilkan di kilang terlebih dulu sebelum dipasangkan di tapak pembinaan.

Projek perintis IBS bermula pada 1966 iaitu menerusi pembinaan Flat Pekeliling, di sini, dan Flat Raffle Range di Pulau Pinang sebelum diperkenalkan secara rasmi oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia) pada 2003.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 9:24 AM