ANTARA sekolah yang ditutup akibat banjir. FOTO Facebook/Kelab Peminat Basikal Sabah
ANTARA sekolah yang ditutup akibat banjir. FOTO Facebook/Kelab Peminat Basikal Sabah
Norasikin Daineh

Kota Kinabalu: Dua puluh dua sekolah di Kota Marudu dan Pitas ditutup, hari ini berikutan banjir di daerah terbabit.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, penutupan sekolah itu membabitkan 6,627 murid dan 605 guru di dua daerah berkenaan.

"Sekolah yang terjejas termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Langkon, SK Masalog, SK Ranau, SK Tumunda Salimandut, SK Pekan Kota Marudu, SK Manggaris, SK Koromoko, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khoi Ming, SK Tandek, SK Ongkilan, SK Timbang Batu, SK Marak Parak, SK Tanjung Batu, SK Temuno Teringai Barat, SK Talantang, SK Bintasan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkon.

"Manakala, di Pitas lima sekolah ditutup termasuk SK Pandan Mandamai, SK Pinapak, SK Mandurian, SK Nibang dan SK Nandun," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hujan berlarutan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di dua daerah berkenaan dinaiki air.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 1:09 PM