Mohd Ruzaini Zulkepli


Penampang: Polis menahan 33 individu dan merampas wang tunai RM128,338 dalam serbuan di sebuah premis yang dijadikan kasino mini berhampiran Jalan Bundusan, dekat sini.

Dalam serbuan jam 12.50 tengah malam itu, polis merampas beberapa set meja permainan perjudian roulette dan baccarat, 17,194 keping cip, 1,093 keping daun terup dan tiga set komputer.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Datuk Salehuddin Abd Rahman berkata, tiga lot kedai dikesan dijadikan markas perjudian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (c) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 5:32 PM
Salehuddin (tengah) menunjukkan antara barangan yang dirampas pada sidang media di IPD Penampang, hari ini. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
Salehuddin (tengah) menunjukkan antara barangan yang dirampas pada sidang media di IPD Penampang, hari ini. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli