Zulfa Mohamad


Kepala Batas: Seorang pelajar sebuah kolej vokasional antara sembilan mat rempit yang ditahan dalam operasi membanteras samseng jalanan di Lingkaran Luar Butterworth (LLB) pada Sabtu dan Ahad lalu.

Operasi membabitkan 20 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman itu dilakukan dengan kerjasama polis Seberang Perai Utara (SPU).

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, dalam operasi itu sembilan lelaki ditahan kerana terbabit dengan lumba haram.

Beliau berkata, seorang pemandu BMW turut ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dipercayai dicuri di negara jiran.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 42(1) akta sama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 4:43 PM
Mohd Azmi (kiri) menunjukkan motosikal yang dirampas dalam operasi di LLB semasa sidang media di IPD SPU. FOTO Amir Irsyad Omar
Mohd Azmi (kiri) menunjukkan motosikal yang dirampas dalam operasi di LLB semasa sidang media di IPD SPU. FOTO Amir Irsyad Omar