IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Budak lelaki 11 tahun maut apabila 4WD dinaiki terbabas di jalan kampung di Batu 19, di sini, hari ini.

Najib Ajhul disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di badan, dalam kejadian pada 5.10 petang.

Difahamkan, kenderaan berkenaan dipandu abangnya, Sabtu Rani, 34, namun dia tidak mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad, berkata pihaknya menghantar sepasukan anggota ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.12 petang.

Katanya, anggoota mendapati Isuzu Dmax kemalangan dipercayai terbabas ke tepi jalan.

"Penumpang kenderaan itu iaitu kanak-kanak berusia 11 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.

Mohd Razali berkata, mayat dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2017 @ 10:52 PM