AHMAD Razif (tengah) bersama peserta mengayuh basikal pada program Pelancaran Kuala Nerus Car Free Hour. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
AHMAD Razif (tengah) bersama peserta mengayuh basikal pada program Pelancaran Kuala Nerus Car Free Hour. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Nerus: Lebih 1,000 orang menyertai program Kuala Nerus Car Free Hour yang diadakan di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak di sini, hari ini.

Program selama tiga hari bermula Khamis itu menyediakan pelbagai aktiviti berkonsepkan riadah kekeluargaan dalam usaha menggalakkan cara hidup sihat dalam kalangan masyarakat di Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri akan memperbanyakkan aktiviti berkonsepkan riadah kekeluargaan di seluruh Terengganu bermula bulan ini dengan daerah Kuala Nerus menjadi perintis program berkonsepkan riadah dan teknologi hijau.

"Buat masa ini, kerajaan negeri memilih Stadium Tertutup Gong Badak sebagai lokasi perintis menggalakkan aktiviti riadah ini yang mana kita akan mewujudkan Dataran TTB di stadium ini.

"Kita akan menyediakan kemudahan kepada orang ramai dan menempatkan 'food truck' untuk menghidupkan kawasan ini," katanya ketika ditemui pada program Kuala Nerus Car Free Hour Peringkat Daerah Kuala Nerus di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2017 @ 1:35 PM