ZIAD antara sebilangan  kecil sifu yang menguasai teknik penghasilan Ajami di Syria.
ZIAD antara sebilangan kecil sifu yang menguasai teknik penghasilan Ajami di Syria.
ANTARA kemasan dinding yang sudah siap sepenuhnya.
ANTARA kemasan dinding yang sudah siap sepenuhnya.
KEMASAN dinding dan siling Ajami mengambil masa sekitar satu hingga tiga bulan untuk disiapkan mengikut saiz dinding.
KEMASAN dinding dan siling Ajami mengambil masa sekitar satu hingga tiga bulan untuk disiapkan mengikut saiz dinding.
AJAMI mengetengahkan pelbagai corak bunga antaranya bunga lili.
AJAMI mengetengahkan pelbagai corak bunga antaranya bunga lili.
CONTOH ruang kediaman yang dihiasi kemasan dinding dan siling Ajami di Syria.
CONTOH ruang kediaman yang dihiasi kemasan dinding dan siling Ajami di Syria.
KOTAK Ajami turut mencuri tumpuan.
KOTAK Ajami turut mencuri tumpuan.
ANTARA kemasan siling yang masih dalam proses pengeringan sebelum ditambah beberapa lapisan warna.
ANTARA kemasan siling yang masih dalam proses pengeringan sebelum ditambah beberapa lapisan warna.
ZIAD menunjukkan antara kemasan dinding yang dihasilkan di bengkelnya.
ZIAD menunjukkan antara kemasan dinding yang dihasilkan di bengkelnya.
WARNA yang digunakan adalah warna asli dan halal berasaskan serbuk dan dicampur dengan minyak sebelum bertukar menjadi warna cecair.
WARNA yang digunakan adalah warna asli dan halal berasaskan serbuk dan dicampur dengan minyak sebelum bertukar menjadi warna cecair.
ZIAD mewarisi kepakaran bapanya dalam menghasilkan Ajami.
ZIAD mewarisi kepakaran bapanya dalam menghasilkan Ajami.
Nor Hanisah Kamaruzaman

Penataan ruang kediaman tidak hanya tertumpu pada pemilihan perabot dan hiasan dalaman semata-mata.

Dinding dan siling dalam pada setiap ruang turut memainkan peranan penting kerana menjadi pelengkap selain mengubah suasana.

Biasanya cat dan kertas dinding menjadi pilihan dengan pelbagai rekaan serta material dihasilkan bagi memberi kelainan atau mengikut cita rasa pemilik kediaman.

Berbeza pula di Syria, kemasan dinding dan siling rumah diberi tumpuan terperinci apabila hasil kerja tangan dikenali sebagai ‘Ajami’ memenuhi ruang kediaman supaya kelihatan lebih eksklusif.

Menyingkap sejarahnya, rekaan pada ruang dalaman buatan tangan sepenuhnya itu sudah mula dihasilkan sejak abad ke-16. Kemudian mula mendapat perhatian dan popular pada abad ke-17.

Lebih menarik, hasil kerja halus itu dikatakan mampu bertahan hingga 400 tahun jika dijaga dengan sempurna.

Bagi yang belum pernah mendengar istilah ‘Ajami’, ia adalah hasil seni popular dari Syria yang menampilkan huruf Arab dan motif bunga-bungaan di atas kayu.

Huruf Arab dan corak bunga biasanya timbul bagi membezakan antara latar serta corak sekali gus menjadikan ia bukan saja menarik malah boleh disentuh teksturnya.

Antara corak bunga yang sering dilukis termasuk teratai dan lili namun sebarang corak boleh diketengahkan mengikut cita rasa.

Petikan ayat al-Quran dan kalimah Allah serta Muhammad SAW turut diselitkan pada karya kemasan dinding itu tapi susun letaknya pada bahagian yang tidak mudah dicapai.

Peluang menemu bual pakar pembuat Ajami yang berasal dari Syria ini dan sudah berpindah serta kini menetap di Malaysia, menjadi pengalaman paling bermakna buat penulis.

Pemilik syarikat Damascene Art Sdn Bhd, Ziad Abdulraouf Baydoun ini meneruskan kepakaran yang dimiliki sejak dulu.

Menurut Ziad, warisan dan budaya dari negaranya itu mempunyai kelas tersendiri selain hanya lima orang ‘sifu’ atau pakar yang menguasai teknik penghasilannya.

“Ajami bukan sekadar hiasan dalaman atau kemasan dinding kediaman semata-mata tapi ia berada pada satu tahap begitu eksklusif.

“Di Syria, ia menjadi pilihan golongan atasan dan kerja tangan itu dianggap lambang kebanggaan serta aset kerana mempunyai nilai yang tinggi.

“Ini kerana proses pembuatan yang rumit, teliti dan hasil pembuatan tangan sepenuhnya membuatkan pemilik kediaman begitu menghargai seninya,” katanya yang berbangga kerana bapanya juga antara pakar Ajami di Syria.

Ziad berkata, walaupun seni kemasan dinding berkenaan masih kurang dikenali di negara ini, namun beliau giat menghasilkan dan memperkenalkan produk warisan Syria itu.

“Meninggalkan tanah air untuk membina hidup baru di sini bukan mudah kerana kami tidak mempunyai apa-apa.

“Warisan Ajami inilah yang kami bawa bukan saja untuk meneruskan legasi tapi bagi memperkenalkan budaya yang kian dilupakan ini,” katanya.

Menariknya selain kemasan dinding dan siling, Ziad turut menghasilkan pelbagai produk hiasan dalaman lain seperti lukisan, perabot serta cenderamata.

Maklumat lanjut berkenaan Ajami yang dihasilkan Ziad dan keluarga boleh layari laman www.baydoun-sy.com.

Anda juga boleh kunjungi kedai dan bengkel yang terletak di Blok C, Lot G10 Platinum Hill Condominium PV6, Jalan Taman Melati, Taman Melati Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2017 @ 5:05 AM