Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria. - Foto Fail
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria. - Foto Fail
BERNAMA

Putrajaya: Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata calon penggantinya sudah dikenal pasti Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) apabila beliau bersara selepas Mac ini.

Katanya JAC sudah memutuskan calon penggantinya dan pengumuman akan dibuat pada masa sesuai.

"Saya tidak boleh mengumumkan siapa yang akan menggantikan saya kerana ia pelanggaran kerahsiaan," katanya selepas menghadiri majlis perasmian Tahun Undang-Undang 2017 di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai jumlah calon yang dicadangkan untuk jawatan tersebut.

Arifin dilantik ke jawatan itu pada 12 Sept 2011. Selepas mencapai usia persaraan wajib 66 tahun, pada tahun lalu, tempoh perkhidmatannya disambung enam bulan lagi dari 1 Oktober tahun lalu, hingga 30 Mac ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2017 @ 10:12 PM