Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Polis giat menjalankan usaha mengesan majikan kepada mangsa dera yang menghilangkan diri sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, lelaki itu dicari bagi membantu siasatan kes penderaan jurujual aksesori kereta, Nur Firdaus Ibrahim, 21, yang kini menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.

"Suspek bersama keluarganya menghilangkan diri dan polis sedang memburu lelaki berkenaan.

"Polis meminta kerjasama ramai yang memiliki maklumat berkaitan suspek menghubungi talian Polis Kontinjen Johor di 07-2212999 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seri Alam di talian 07-3864222," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2017 @ 5:28 PM