FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Amrullah Abdul Karim


Bukit Tagar: Pekerja kontrak sampah maut, manakala seorang lagi parah akibat dihempap pintu shaf hidraulik lori pemampat sampah di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ketika proses pengeluaran sampah dilakukan di kawasan pembuangan sampah itu.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Shamsol Majidy Hassan berkata, bomba menerima panggilan jam 7.57 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Kejadian membabitkan pintu shaf hidraulik lori pemampat sampah yang tercabut lalu menghempap dua pekerja berusia 40-an.

"Seorang pekerja meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi parah dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh menggunakan EMRS Bomba Kuala Kubu Bharu," katanya.

Menurutnya, bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang terhempap dengan bantuan jentera dan kren.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2017 @ 12:51 PM