ANGGOTA forensik polis melakukan siasatan di tempat kejadian, malam tadi. FOTO ihsan Polis
ANGGOTA forensik polis melakukan siasatan di tempat kejadian, malam tadi. FOTO ihsan Polis
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Serdang: Polis sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan saki baki suspek yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan berhampiran tapak pasar malam Seri Serdang, Seri Kembangan, di sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong berkata, polis juga kini sedang menyiasat punca kejadian namun siasatan awal mendapati pergaduhan kumpulan berkenaan menggunakan parang.

"Akibat kejadian itu lima warga Myanmar maut kerana cedera teruk di bahagian badan manakala dua lagi parah dan kini menerima rawatan di Hospital Serdang.

"Kami akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sekaligus dapat menyelesaikan kes ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2017 @ 11:37 AM