SYED Abdull Hafiz (kiri) ketika pelancaran Kia JJ Red Cube.
SYED Abdull Hafiz (kiri) ketika pelancaran Kia JJ Red Cube.

Johor Bahru: Naza Kia Malaysia Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Kia Motor di Malaysia membuka pusat Red Cube atau 3S keempat di Johor Bahru.

Ia juga penjual runcit standard pertama Red Cube dan dikendalikan Kia JJ Sdn Bhd dengan pelaburan RM9 juta.

Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, pusat itu menyasarkan untuk menjual 50 unit kereta sebulan dan akan mengukuhkan jaringannya di wilayah selatan.

"Kia JJ mendapat pengiktirafan sebagai penjual runcit pertama Naza Kia Malaysia dengan memenuhi keperluan seperti ruang bangunan dilengkapi enam ruang servis, enam kereta dipamerkan dan kedudukan strategik.

"Selain itu, penjual juga mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri automotif," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Bagi 2014, Naza Kia menyasarkan untuk menambah jumlah jualan kepada 11,300 unit melalui model Cerato dan Cerato Kx yang menyumbangkan 40 peratus kepada keseluruhan jualan.

Pusat 3D di kawasan seluas 1,115 meter persegi mampu mempamerkan sembilan kereta di kawasan bilik pameran serta enam ruang servis yang boleh mengendalikan 24 kereta sehari.

"Sejak 2011, kami melancarkan tiga kedai Red Cube di wilayah tengah, pantai timur dan selatan negara ini dan yang keempat Kia JJ, Red Cube merupakan sebahagian daripada langkah mengoptimumkan rangkaian Naza Kia di seluruh negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:12 AM