KETUA Setiausaha sebuah kementerian bergelar Datuk dibawa oleh anggota SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
KETUA Setiausaha sebuah kementerian bergelar Datuk dibawa oleh anggota SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Ketua Setiausaha kementerian bergelar Datuk bersama dua lagi individu tiba di Mahkamah Majistret di sini, 9.40 pagi tadi untuk perintah tahanan reman.

Mereka yang memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga diiringi pegawai SPRM dan dilihat menutup muka masing-masing dengan baju.

Semua suspek terus dibawa kamar mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Ketiga-tiga mereka ditahan SPRM semalam untuk membantu siasatan berhubung menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.

Suspek bergelar Datuk berusia 59 tahun dan anak lelakinya berusia 29 ditahan di sekitar Subang Jaya, Selangor kira-kira 8 pagi, semalam.

Sementara seorang lagi individu yang juga dipercayai anak suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM, di sini semalam ketika diambil keterangan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2017 @ 10:06 AM