RIZAL Ghazali. FOTO Hasriyasyah Sabudin
RIZAL Ghazali. FOTO Hasriyasyah Sabudin
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bersedia mempertahankan Rizal Ghazali (gambar) daripada ‘dirampas’ FELDA United biarpun terpaksa berdepan dengan Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut Setiausaha Agung KFA, Datuk Aminuddin Omar, dakwaan FELDA yang menyatakan Rizal milik mereka sebenarnya tidak berasas walaupun tonggak pertahanan kanan itu dikatakan sudah menurunkan tandatangan untuk menyertai skuad The Fighters.

Bagaimanapun, Aminuddin menegaskan persetujuan hitam putih yang diperoleh FELDA sebelum aksi final Piala Malaysia pada 30 Oktober lalu tidak sah memandangkan Rizal ketika itu masih lagi memiliki baki kontrak sebulan yang berakhir pada 30 November.

“Kalau ikut pada pemahaman saya, selagi pemain masih mempunyai kontrak dengan pasukan asal, mereka tidak boleh mencari atau menurunkan tandatangan untuk menyertai pasukan lain tanpa persetujuan pengurusan.

“Lagipun FELDA tidak pernah membuat apa-apa tawaran secara rasmi sebelum atau selepas final Piala Malaysia bagi mendapatkan Rizal dan kami hanya mengetahuinya melalui media yang menyaksikan FELDA menuntutnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2017 @ 7:48 AM