Tajuddin (kanan) meninjau kawasan banjir di sekitar pekan Rantau Panjang. FOTO Fathil Asri.
Tajuddin (kanan) meninjau kawasan banjir di sekitar pekan Rantau Panjang. FOTO Fathil Asri.
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Rantau Panjang: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga atau pemborong yang menaikkan harga ikan dan sayur pada musim tengkujuh.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah mengarahkan agensi penguatkuasa MOA membuat pemantauan berhubung kenaikan harga itu.

"Kita sentiasa memantau sama ada ia berpunca daripada kekurangan bekalan atau sebaliknya dan kementerian sentiasa bertindak untuk mengatasi kekurangan itu.

"Kita juga kena tunggu dulu keadaan banjir ini surut dalam tempoh yang lama atau tidak," katanya ketika ditemui selepas melawat Kampung Kedap, Kampung Lubok Gong dan Tersang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Harian Metro berhubung kenaikan ikan kembung di antara RM1 hingga RM15 sekilogram dan harga sayur di Pantai Timur yang melonjak pada musim banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 2:22 PM