Album kedua 2NE1, Crush berjaya mencipta rekod K-pop pada carta album akhir tahun Billboard antarabangsa.

Wakil Billboard melaporkan, Crush berada dalam senarai album carta akhir tahun untuk kali pertama dalam sejarah K-pop.

"Tahun ini mereka pecahkan rekod carta dan dengan kemenangan ini, ia menamatkan 2014 dengan jayanya. Crush berada di tangga ke-11 pada carta album akhir tahun antarabangsa Billboard.

"Ini kali pertama aksin K-pop berada dalam senarai sejak diperkenalkan pada 1995," kata wakil Billboard.

Pada minggu pertama, album itu berada di tangga ke-61 dalam Billboard 200 yang juga kedudukan tinggi untuk album K-pop.

Album itu juga menjadi pilihan Billboard 2014 untuk album K-pop nombor satu dalam senarai.

Pada masa ini, ketua kumpulan 2NE1, CL menghasilkan album debut Amerika bersama produser Scooter Braun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 5:00 AM