PEMAIN Perak, Muhamad Ridzuan (kiri) bersaing dengan  pemain Pahang dalam aksi Liga Super musim lalu.
PEMAIN Perak, Muhamad Ridzuan (kiri) bersaing dengan pemain Pahang dalam aksi Liga Super musim lalu.
Oleh Azizan Hashim

Ipoh: Perak menagguhkan lawatanya ke Bandung berikutan kelewatan sepak mula Liga Malaysia (Liga M) 2015 .

The Bos Gaurus sepatutnya ke Bandung pada 1-4 Januari ini untuk sesi latihan serta perlawanan persahabatan sekurang-kurangnya dua perlawanan dengan kelab daerah itu dalam usaha menguji pelatih.

Begitupun Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menangguhkan pemergian itu berikutan Liga M yang dijadualkan bermula 17 Januari kini dilewatkan dua minggu.

Sumber PAFA memberitahu Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin membatalkan pemergian itu ke tarikh lain tetapi tidak memberikan tarikh baru.

Perak ke Bandung dengan harapan mengadakan satu perlawanan dengan Persib Bandung yang sudah ditetapkan dan usaha sedang dibuat untuk mendapatkan satu lagi pencabar.

Malah ekoran itu juga perlawanan persahabatan dengan Kelantan yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur juga dibatalkan.

Sebelum ini Perak dan Kedah bertemu di Ipoh dalam perlawanan yang berkesudahan Perak tumpas 1-2.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Disember 2014 @ 9:32 PM