FOTO dipetik daripada Facebook
FOTO dipetik daripada Facebook
Farah Suhaidah Othman


Ipoh: Pelajar lelaki maut manakala rakannya parah selepas motosikal mereka naiki merempuh kenderaan dalam kemalangan dekat Pusat Rekreasi Gunung Lang, di sini.

Shazmir Hakimi Samsuri yang juga pelajar tingkatan tiga SMK Dr Megat Khas maut di lokasi kejadian manakala rakan sekolahnya, Muhammad Danish Rosli Afandi, 15, parah.

Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) berusia 47 tahun pula tidak cedera dalam kejadian 3.47 petang, 31 Disember.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik, berkata motosikal dinaiki dua remaja dan MPV itu dalam perjalanan dari arah Jalan Kuala Kangsar ke Pusat Rekreasi Gunung Lang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian pemandu MPV itu tiba-tiba belok ke kanan untuk membuat pusingan U mungkin menyangkakan laluan itu jalan dua hala.

"Ketika MPV berkenaan membelok ke kanan, motosikal di belakangnya kemudian melanggar belakang kenderaan terbabit dan mengakibatkan kedua-dua terjatuh di atas jalan.

"Akibat kemalangan itu, penunggang maut di lokasi kejadian manakala pembonceng parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2016 @ 11:59 PM