BEBERAPA anggota polis melihat jentolak yang digunakan seorang lelaki untuk memecah masuk sebuah bank. - Agensi
BEBERAPA anggota polis melihat jentolak yang digunakan seorang lelaki untuk memecah masuk sebuah bank. - Agensi
Agensi

Meizhou, China: Seorang lelaki ditahan polis selepas dia cuba merompak sebuah bank di sini, menggunakan sebuah jentolak miliknya pada awal pagi kelmarin.

Lelaki yang dikenali sebagai Luo memandu jentolak berkenaan sebelum menggali satu lubang besar di hadapan bank berkenaan pada jam 5.30 pagi (waktu tempatan).

Luo, 29, ditangkap selepas penduduk berhampiran yang terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi bising menghubungi polis.

Seorang saksi berkata, dia menghubungi polis kerana berang selepas menyangka ada pihak yang memulakan kerja pembinaan pada awal pagi.

Jurucakap polis berkata, Luo terus menggali lubang di hadapan pintu masuk bank berkenaan walaupun beberapa anggota polis tiba untuk menahannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Disember 2016 @ 7:26 AM