Gambar mangsa tsunami 2004 yang dipamerkan ketika upacara keagamaan di perkampungan Ban Nam Khem, wilayah Phang Nga, Thailand (Foto REUTERS) dan gambar tengah, wanita  di Chennai, India, menabur bunga di Pantai Marina sempena memperingati mangsa tragedi itu (Foto AFP)

Reuters

Bangkok: Genap 12 tahun tsunami yang melanda pada 26 Disember 2004 yang membunuh 226,000 orang, sekurang-kurangnya 400 mayat mangsa tragedi itu masih belum dikenal pasti di Thailand.

Tsunami akibat gempa bumi 9.15 magnitud yang melanda Aceh, Thailand, India, Sri Lanka dan Malaysia itu menjadi bencana alam terbesar dalam sejarah manusia moden.

Kira-kira 5,390 orang terbunuh di Thailand, termasuk 2,000 pelancong asing.

“Sejak tsunami 2004, pihak berkuasa Thailand menghubungi sehingga 5,000 orang bagi mengenal pasti dan menuntut mayat mangsa. Kira-kira 400 mayat gagal dikenal pasti,” kata Timbalan Superintendan Anand Boonkerkaew dari polis daerah Takua Pa di wilayah Phang Nga, hari ini.

Thailand mengambil masa beberapa tahun untuk memulihkan industri pelancongannya akibat bencana itu. Tahun ini, ia mencatatkan kedatangan 32.4 juta pelancong.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Disember 2016 @ 5:59 PM