Mohd Ruzaini Zulkepli


Kota Kinabalu : Dua penjenayah dan seorang mangsa culik yang dilaporkan hilang dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan kumpulan penculik di perairan Pulau Gaya, Semporna, 8 Disember lalu, masih belum ditemui.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun, berkata, pihaknya masih menjalankan usaha pencarian di kawasan tiga individu itu dilaporkan hilang.

"Usaha mencari masih giat dijalankan di perairan itu turut membabitkan pelbagai agensi keselamatan yang lain hinggalah ke hari ini, " katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Latihan Bodyguarding Siri 1/2016 di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian berkenaan, tiga penjenayah ditembak mati dan dua diberkas selepas berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.

Seorang mangsa culik diselamatkan.

Namun, dua penjenayah dan seorang lagi mangsa culik masih hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Disember 2016 @ 11:30 AM