KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman diiringi Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Sabah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap hadir pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa peringkat negeri, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di Kota Kinabalu. FOTO Izhari Ariffin

Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Insiden tiga penculik yang ditembak mati dalam kejadian di Lahad Datu dan Semporna malam tadi membuktikan komitmen tinggi pasukan keselamatan dalam memerangi penjenayah rentas sempadan di perairan pantai timur Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan negeri akan terus memberi kerjasama sepenuhnya dalam membendung kejadian seperti itu dari terus berlaku.

"Berdasarkan taklimat ringkas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun, saya dimaklumkan terdapat dua kejadian tembak menembak antara pasukan keselamatan dan penculik malam tadi di dua lokasi berkenaan.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh mengulas lanjut mengenainya dan kita perlu menunggu maklumat daripada pasukan keselamatan," katanya.

Dalam kejadian jam 9.50 malam tadi, tiga lelaki dipercayai kumpulan penculik dari selatan Filipina ditembak mati selepas melakukan penculikan di perairan Merabung, Lahad Datu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya berkata, pasukan keselamatan turut menahan tiga lagi suspek dan menyelamatkan seorang mangsa culik dalam kejadian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 12:20 PM