ANTARA premis yang rosak akibat ribut.
ANTARA premis yang rosak akibat ribut.
Nur Saliawati Salberi


Jasin: Enam rumah, dua kedai dan sebuah bengkel rosak teruk selepas bumbung diterbangkan angin dalam kejadian ribut yang melanda di Jalan Simpang Kerayong dan Kampung Lipat Kajang di sini, hari ini.

Kejadian pada 5.30 petang itu dikatakan berlaku ketika ribut dan angin kencang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jasin, Mohd Alif Abd Rahman berkata, sebaik menerima maklumat daripada penduduk pada 6.10 petang pihaknya bergegas ke lokasi dan mendapati terdapat rumah dan kedai yang terjejas.

"Selain bumbung rumah diterbangkan angin, struktur binaan turut mengalami kerosakan.

"Setakat ini kami tidak menerima laporan terdapat mangsa yang tercedera dalam kejadian ini selain APM turut mengerahkan anggota menjalankan kerja pembersihan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2016 @ 11:42 PM