ANGGOTA polis Indonesia mengadakan perbarisan di Monumen Nasional, Jakarta, sebelum mereka memulakan tugas menjaga keselamatan menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baru, semalam.  - AP
ANGGOTA polis Indonesia mengadakan perbarisan di Monumen Nasional, Jakarta, sebelum mereka memulakan tugas menjaga keselamatan menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baru, semalam. - AP

Jakarta: Polis Indonesia semalam mengumumkan rancangan mengerahkan 155,000 kakitangan untuk menjaga keamanan sepanjang cuti Krismas dan Tahun Baru minggu depan, sehari selepas ia menggagalkan rancangan militan untuk melancarkan serangan.

Ketua Polis Kebangsaan, Tito Karnavian berkata, kawalan keselamatan akan ditingkatkan di sekitar kawasan gereja, premis hiburan dan tempat tumpuan orang ramai.

Polis Indonesia kelmarin menggagalkan satu rancangan kumpulan yang ada hubungan dengan Daish yang merancang melancarkan serangan berani mati selepas mereka menemui sejumlah bom dalam sebuah rumah di pinggir Jakarta.

Tiga suspek militan juga ditembak mati.

Pengerahan sejumlah besar anggota keselamatan biasa dilakukan polis Indonesia setiap hujung tahun. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2016 @ 10:10 AM