KD Selangor akan ditempatkan di pangkalan TLDM di Kota Kinabalu. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
KD Selangor akan ditempatkan di pangkalan TLDM di Kota Kinabalu. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Amniera Naziera Amran


TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menambah empat kapal peronda generasi baru yang akan ditempatkan di Markas Pemerintahan Armada Timur dekat Kota Kinabalu.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata, dua kapal terbabit iaitu KD Selangor dan KD Kelantan akan ditempatkan di pangkalan TLDM di Kota Kinabalu, tahun ini.

"KD Selangor akan ditempatkan pada Sabtu ini, manakala KD Kelantan pada Mac depan, namun baki dua kapal peronda lagi dijangka tiba di negeri ini pada awal tahun depan.

"Ia membabitkan kapal peronda KD Terengganu dan KD Pahang yang mana menjadikan jumlah aset utama kapal peronda sebanyak enam buah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perbarisan Tahunan Panglima Armada Timur dan Program 'Admiral on Deck' di Padang Kawad Markas KD Sri Kota Kinabalu dekat Kota Kinabalu, hari ini.

Hadir sama, Panglima Wilayah Laut Dua merangkap Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayub; Timbalan Panglima Armada Timur Laksamana Pertama Datuk Saifudin Kamarudin dan Panglima Logistik Timur Kapten Ir Ow Kiat Bin.

Dalam pada itu, Syed Zahiruddin berkata, perkara terbabit berikutan masalah perumahan bagi menempatkan kakitangan yang berkhidmat atas dua lagi kapal itu, namun pihaknya sudahpun mempertimbangkan untuk ditempatkan awal tahun depan.

"Setakat ini, kita memiliki enam aset utama kapal peronda termasuk KD Kedah dan KD Perak yang sudah mula beroperasi di pangkalan TLDM, manakala keseluruhan kapal jenis kapal misi persisir (LMS) ada 18 kesemuanya.

"Empat kapal barujenis LMS yang sudah ditandatangani dengan China dan sedang dibina juga akan ditempatkan di bawah markas ini. Ia dijangka akan siap dibina dalam tempoh dua tahunlagi," katanya.

Menurutnya, pertambahan kapal terbabit akan meningkatkan kesiapsiagaan aset di Malaysia Timur selaras dengan Pelan Transformasi '15 to 5' TLDM.

"Penempatan kesemua kapal terbabit di lokasi yang dijangka strategik bagi meningkatkan tahap keselamatan maritim Sabah dan Sarawak serta Geo-Strategik di Laut China Selatan iaitudi Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Bintulu," katanya.

Sementara itu, Syed Zahiruddin berkata, pihaknya akan meningkatkan kesiapsiagaan dalam kalangan anggota bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 kali ini.

"Pihak kami sentiasa bersiap sedia mengawasi sepanjang perairan dinegeri ini bagi memastikan tidak ada sebarang pencerobohan dari luar," katanya.

Menurutnya, perbarisan yang julung kali diadakan ituturutmenyampaikan anugerah kepada kapal yang sudah mencapai tahap kesiagaan tertinggi sepanjang tahun lalu.

"Seramai 41 pegawai serta 271 anggota Armada Timur terbabit dalam acara perbarisan tahunan Panglima Armada Timur membabitkan 10 platun," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2018 @ 11:42 PM