SYAHRINI ‘sakit’ jika tidak menyanyi. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
SYAHRINI ‘sakit’ jika tidak menyanyi. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Syanty Octavia Amry


Penyanyi Indonesia, Syahrini tidak bimbang apabila sering menayangkan kemewahannya di khalayak menerusi laman Instagram miliknya.

Bagi Syahrini, 34, apa yang dipamerkan bukanlah hendak menunjuk-nunjuk sebaliknya sekadar berkongsi aktiviti hariannya yang pasti ingin disaksikan kira-kira 16 juta pengikutnya di laman sosial itu.

“Saya tidak bimbang dengan apa yang saya pamerkan. Bukan niat menunjuk kemewahan tetapi sekadar berkongsi aktiviti dengan peminat.

“Lagipun, saya yakin peminat sudah bijak menilai dan mereka pastinya menyokong apa yang saya lakukan,” kata penyanyi lagu Kau Yang Memilih Aku ini.

Syahrini berkata, setiap kali dia bekejar ke sesuatu lokasi dalam suasana sesak, polis trafik banyak membantu memudahkan perjalanannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2016 @ 8:00 AM