Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan perjuangan memburu kejuaraan pertama Siri Super Akhir di Dubai apabila mara ke perlawanan akhir. FOTO AFP
Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan perjuangan memburu kejuaraan pertama Siri Super Akhir di Dubai apabila mara ke perlawanan akhir. FOTO AFP
Aida Adilah

Kuala Lumpur: Beregu negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan perjuangan memburu kejuaraan pertama Siri Super Akhir di Dubai apabila mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan beregu China, Chai Biao-Hong Wei 21-18, 21-16.

Selepas menewaskan pasangan China itu pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan B kelmarin, beregu nombor satu dunia itu hanya memerlukan 37minit untuk sekali lagi menewaskan Cha Biao-Hong Wei di separuh akhir dan menjadi wakil tunggal negara selepas perjuangan Datuk Lee Chong Wei terkandas diperingkat kumpulan.

 Menanti V Shem-Wee Kiong di pentas akhir adalah beregu Jepun yang juga pilihan pertama kejohanan, Takeshi-Kamura-Keigo Sonoda.

 Kali terakhir beregu negara menjuarai kejohanan ini ialah menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi sulung 2008 di Kota Kinabalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2016 @ 9:09 AM