Mohd Faizol melecur 65 peratus. FOTO ihsan bomba
Mohd Faizol melecur 65 peratus. FOTO ihsan bomba
Ekhwan Haque Fazlul Haque

 

[email protected]

 

Petra Jaya: Lelaki melecur selepas tong gas memasak meletup di rumahnya di Taman Sumber Alam Santuary, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian 1.15 pagi itu mengakibatkan Mohd Faizol Rupni, 40, melecur 65 peratus di bahagian belakang badannya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran pada tong gas memasak yang menyebabkan ia meletup.

Menurutnya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya yang tiba di lokasi kejadian mengalihkan tong gas ke keluar rumah sebagai langkah keselamatan.

"Mangsa di hantar ke Hospital Umum Sarawak oleh orang awam dan dilaporkan stabil," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Disember 2016 @ 9:53 AM