ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membersihkan kawasan pusat pemindahan sementara di SAR Kampung Padang Serai selepas pusat pemindahan itu ditutup. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membersihkan kawasan pusat pemindahan sementara di SAR Kampung Padang Serai selepas pusat pemindahan itu ditutup. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Noor Hidayah Tanzizi


Pantai Remis: Pusat pemindahan banjir terakhir di Perak di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung Padang Serai di sini ditutup, hari ini.

Pegawai Daerah Manjung, Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, pusat pemindahan berkenaan ditutup pada 3.05 petang selepas kesemua 43 mangsa daripada 10 keluarga dari kampung berkenaan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Pihak saya berterima kasih kepada semua pihak dan agensi yang terbabit membantu sepanjang mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara ini," katanya di sini, hari ini.

Pusat pemindahan berkenaan dibuka pada 2 Disember lalu berikutan banjir di kawasan perkampungan berkenaan.

Selain Manjung, beberapa daerah lain di Perak turut dilanda banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Disember 2016 @ 7:27 PM