Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan hadir sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Muar. FOTO Syarafiq Abd Samad.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan hadir sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Muar. FOTO Syarafiq Abd Samad.
Ibrahim Isa


Muar: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mencemar duli menyertai tazkirah Maulidur Rasul di Masjid Sultan Ibrahim di sini, sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah, sebentar tadi.

Tazkirah disampaikan Kadi Daerah Muar Mohd Fahmi Samad selama hampir sejam.

Terdahulu, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli mengetuai perarakan sambutan.

Tunku Idris Iskandar yang tiba jam 7.50 pagi mengetuai lebih 5,000 peserta berarak sejauh kira-kira tiga kilometer bermula di Pejabat Daerah Muar sebelum melalui Jalan Mohamadiah; Jalan Ibrahim; Jalan Sisi; Jalan Sulaiman; Jalan Abdullah; Jalan Maharani dan berakhir di Masjid Sultan Ibrahim.

Hadir sama Pegawai Daerah Muar Ramlee A Rahman; Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar Jamaludin A Hamid dan Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah Dr Selahuddeen Abd Aziz.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 11:33 AM