SESUAI untuk pelbagai acara.
SESUAI untuk pelbagai acara.
Siti Nadirah Hafidzin


Menggunakan konsep suai padan, rekaan jenama tempatan Noorahim membuatkan penggemar fesyen teruja dengan koleksi baju yang mudah digayakan ke mana saja.

Menampilkan pilihan blaus yang boleh disuai padan mengikut gaya tersendiri, koleksi itu antara pakaian yang perlu dimiliki setiap wanita.

Menurut pengasas Noorahim, Nur Hidayah Abd Rahim, dia menawarkan pilihan blaus yang dihasilkan menggunakan fabrik sifon berat dan kapas premium.

“Saya turut membuat potongan longgar supaya si pemakai selesa menggayakan koleksi ini tidak kira dalam keadaan cuaca panas atau ke mana saja lokasi yang ingin dikunjungi.

“Bagi memberi pilihan kepada pelanggan, kami juga menawarkan warna menarik daripada terang hinggalah pastel supaya setiap pelanggan boleh mencari baju mengikut selera masing-masing,” katanya.

Nur Hidayah berkata, saiz yang ditawarkan bermula daripada S hingga XL dan koleksi blaus itu sesuai digayakan wanita berusia lingkungan 20-an hingga 40-an.

“Harga bagi setiap koleksi bermula RM69 hingga RM245 bergantung kepada rekaan blaus. Antara keistimewaan koleksi ini, ia mempunyai lapisan dalam yang tidak panas bagi blaus yang nipis selain mudah untuk mengambil wuduk,” ujarnya.

Selain blaus, jenama Noorahim turut menawarkan pelbagai koleksi busana antaranya jubah, baju kurung moden dan tudung.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Disember 2016 @ 5:48 AM