CANTIK dan selesa.
CANTIK dan selesa.
ANTARA koleksi blaus Noorahim.
ANTARA koleksi blaus Noorahim.
NUR Hidayah (kanan) bersama model menggayakan blaus Noorahim.
NUR Hidayah (kanan) bersama model menggayakan blaus Noorahim.
Siti Nadirah Hafidzin


Menggunakan konsep suai padan, koleksi jenama tempatan Noorahim membuatkan penggemar fesyen teruja dengan koleksi baju yang mudah digayakan ke mana saja.

Menampilkan pilihan blaus yang boleh disuai padan mengikut gaya tersendiri, koleksi itu antara pakaian yang perlu dimiliki setiap wanita.

Menurut pengasas Noorahim, Nur Hidayah Abd Rahim, dia menawarkan pilihan blaus yang dihasilkan menggunakan fabrik sifon berat dan kapas premium.

“Saya turut membuat potongan longgar supaya pemakai selesa menggayakan koleksi ini tidak kira dalam keadaan cuaca panas atau ke mana saja lokasi yang ingin dikunjungi.

“Bagi memberi pilihan kepada pelanggan, kami juga menawarkan warna menarik antaranya warna terang juga pastel supaya setiap pelanggan boleh membuat pilihan mengikut warna digemari,” katanya.

Nur Hidayah berkata, saiz yang ditawarkan bermula daripada S hingga ke XL dan koleksi blaus itu sesuai digayakan wanita berusia lingkungan 20-an hingga ke 40-an.

“Harga bagi setiap koleksi bermula RM69 hingga RM245 bergantung kepada rekaan blaus namun saya memberi jaminan setiap pelanggan pasti berpuas hati dengan setiap helaian koleksi kami.

“Antara keistimewaan koleksi ini, ia mempunyai lapisan dalam yang tidak panas bagi blaus yang nipis serta mudah untuk mengambil wuduk,” ujarnya.

Selain blaus, jenama Noorahim turut menawarkan pelbagai koleksi busana antaranya jubah, baju kurung moden dan tudung.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2016 @ 5:02 AM