NAMA Ayu dikaitkan kerana dia turut membantu menguruskan ejen umrah UFT. - FOTO Ayu Damit
NAMA Ayu dikaitkan kerana dia turut membantu menguruskan ejen umrah UFT. - FOTO Ayu Damit
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur : Penyanyi Ayu Damit menafikan ada unsur penipuan dalam pakej umrah yang dikendalikan agen pelancongan Ukhwah Firdausi Travel (UFT) seperti tersebar di Internet, baru-baru ini.

Juara program realiti One In A Million musim kedua itu berkata, isu itu menjadi viral kerana jemaah yang diuruskan UFT tidak berlepas pada hari sepatutnya dijadualkan.

Ayu berkata, namanya dikaitkan dengan isu itu kerana dia juga membantu menguruskan ejen umrah UFT.

Dalam masa sama, dia juga duta untuk Ukhwah Enigma iaitu salah satu anak syarikat Ukhwah Firdausi.

"Isu itu menjadi viral kerana seramai 267 jemaah dari UFT terbabit pada hari kejadian. Sebenarnya, ada jemaah dari dua hingga tiga ejen umrah lain yang tidak berlepas pada hari terbabit.

"Sehari selepas itu pun ada jemaah dari agensi umrah yang terkenal pun tidak berlepas cuma ia tidak dihebohkan,"katanya.

Ayu berkata, dia berharap isu itu tidak diperbesarkan kerana ia sudah pun selesai.

"Alhamdulillah, semua jemaah yang didakwa terkandas pada hari itu sudah berlepas pada keesokan harinya iaitu 3 Disember lalu,ā€¯katanya.

Menurut Ayu, ejen umrah UFT sudah dua tahun beroperasi dan mengendalikan pakej umrah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 7:43 PM