PESERTA kejohanan bergambar kenangan di Gelanggang Futsal Mokhtar Dahari, Presint 18, Putrajaya.
PESERTA kejohanan bergambar kenangan di Gelanggang Futsal Mokhtar Dahari, Presint 18, Putrajaya.

Putrajaya: Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Piala Pengerusi FELCRA Datuk Seri Bung Moktar Radin 2016 menutup tirai dengan menyaksikan Axis Puchong Frueza dan Play-Play Only muncul juara.

Axis Puchong Frueza menjuarai acara futsal selepas menewaskan TOT United menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 untuk membawa pulang RM12,000 berserta piala pusingan dan pingat.

TOT United pula menerima RM6,000 dan pingat yang disampaikan Bung Moktar.

Play-Play Only meraih RM6,000 apabila dinobatkan juara bola jaring selepas menang tipis ke atas Ijmak 16-15.

Bagi pertandingan futsal kategori media menyaksikan Pasukan Pilihan FELCRA muncul juara selepas menewaskan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) manakala Sportflex Media Malaysia, ketiga.

Kategori futsal belia pula menjadi milik FELCRA Sri Bandi yang muncul juara untuk menerima RM1,500, manakala FELCRA Perak selaku naib juara membawa pulang RM1,000 dan FELCRA Bukit Sedanan, Melaka ketiga, RM800.

Kategori futsal sekolah dimenangi Putrajaya Tigers, Putrajaya Panters kedua dan MJR ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 9:13 AM